TIDAK batal PUASA.

Tentu ramai yang sudah tahu tetapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai persoalan:
BOLEHKAH KITA MEMBUAT RAWATAN GIGI DI BULAN PUASA?
Adakah puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi?
Di sini kami kongsikan sedikit info berkaitan puasa dan rawatan pergigian.
Apakah perkara yang membatalkan puasa?
Memasukan sesuatu benda dengan sengaja ke lubang (rongga badan) yang terbuka (seperti hidung, mulut, dubur, qubul, telinga)
Rongga badan yang dimaksudkan tersebut juga punya hadnya.
Rongga mulut, hadnya adalah tempat keluarnya huruf hamzah atau ha (pada kalimah Allah), jadi sesuatu dimasukkan secara sengaja melebihinya maka membatalkan puasa.
sumber: Jabatan Mufti Kelantan.
1) Pemeriksaan gigi, adalah pemeriksaan yang tidak memberi rasa atau memasukkan alatan ke dalam rongga tekak.
Jadi, pemeriksaan gigi tidak membatalkan puasa.
2) Rawatan gigi seperti cuci gigi, cabutan,tampalan,pemasangan pendakap gigi, gigi palsu dan crown/bridge.
Secara amnya, rawatan ini hanya pada persekitaran gigi dan tidak dimasukkan ke dalam had rongga mulut.
Dalam kes cabutan, disarankan cabut 2 jam sebelum berbuka puasa kerana kesan bius mungkin semakin hilang selepas 2 jam dan memerlukan anda memakan ubat tahan sakit.
Dalam kes-kes bengkak dan sakit gigi yang serius, pengambilan ubat seperti antibiotik dan ubat tahan sakit sahaja dibolehkan untuk berbuka puasa. Kes darurat dan tujuan pengubatan.
3) Memberus gigi, dengan tujuan membersihkan gigi dan mulut. Memberus dan berkumur secara bersederhana bukan untuk mendapat peluang untuk meminum air semasa memberus gigi.
Dari 'Amir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa ( Riwayat al-Bukhari)
http://zaharuddin.net/fiqh-i…/244-gosok-gigi-tika-puasa.html
4) Floss gigi, membersihan sisa makanan di celahan gigi.
Sisa makanan yang terlekat hendaklah diludah buang, tetapi jika sengaja menelan boleh membatalkan puasa.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERIBADAH.
Mudah-mudahan kita bertemu Ramadhan kali ini dengan penuh kesyukuran dan rasa tawadhu'. Salam Ceria :)

Comments